PANTUN
ILMU
Dari muara hendak ke pekan
Beli Al-Quran sebagai penerang
Ilmu sebagai penyuluh kehidupan
Ketika susah ataupun senang
Pergi ke mahkamah kerna diseru
Apabila ditangkap sebagai penipu
Setiap ilmu wajib berguru
Tidak mahu syaitan menipu
Harta banyak ramai bertanya
Bila tua semua menindih
Orang berilmu tinggi darjatnya
Tidak beramal azabnya pedih
No comments:
Post a Comment